BANK DUNIA SARAN BNM HENTI SEMENTARA KENAIKAN OPR

345
SHARES
2k
VIEWS

Ketua Ahli Ekonomi Malaysia bagi Bank Dunia iaitu Dr. Apurva Sanghi berkata bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) yang telah menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) beberapa bulan lalu dan adalah baik ketika ini untuk mereka menghentikan sementara dan menilai kembali kesan kenaikan OPR tersebut.

Ini kerana menurutnya, secara lazimnya perubahan dalam dasar monetari mengambil sedikit masa untuk melihat kesannya iaitu kira-kira lapan hingga dua belas bulan. Beliau memberi saranan demikian pada taklimat media mengenai Pemantauan Ekonomi Malaysia bertajuk “Expanding Malaysia’s Digital Frontier” minggu lepas. 

Beliau juga berkata, kebimbangan meningkat terhadap prestasi ekonomi tahun ini di samping kesan daripada pelarasan kadar yang mengambil masa juga mendorong bank pusat untuk menghentikan sementara kenaikan kadar tersebut. Justeru, terdapat kemungkinan BNM akan menghentikan sementara kenaikan OPR buat masa ini bagi menilai kesan kenaikan yang telah dibuat sebelum ini. 

Sebagai rekod, OPR telah dinaikkan empat kali berturut-turut sejak Mei, Julai, September dan November tahun lalu, dengan masing-masing meningkat sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts