AHMAD MURAD CALON KETUA UMNO BAHAGIAN JERANTUT

375
SHARES
2.2k
VIEWS

Seorang jurutera, Ahmad Murad Idris yang berpengalaman luas dalam parti dan dikenali akar umbi UMNO, turut aktif dalam pelbagai gerakan dan aktiviti bertekad untuk bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerantut pada Pemilihan UMNO 2023-2026.

Ahmad Murad mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Inggeris dan Sekolah Menengah Padang Saujana, kedua-duanya di Jerantut sebelum menyambung pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Beliau yang berkelulusan diploma dalam bidang elektronik serta Ijazah Kejuruteraan Komunikasi, kini bertugas sebagai Ketua Penyelaras Pembangunan 5G Pantai Timur di Digital Nasional Berhad DNB, iaitu sebuah anak syarikat di bawah Kementerian Kewangan. Beliau bertanggungjawab mengurus tadbir infrastruktur tersebut bagi seluruh negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Beliau yang juga Ketua Cawangan UMNO Pulau Mansok, sebelum ini merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) Gerak Saraf bagi kawasan Jerantut di PRU-12 serta wakil G7 Jerantut pada tahun 2010, 2016 dan 2022. Ahmad Murad juga merupakan Timbalan Pengerusi Biro Kesihatan & Latihan UMNO Bahagian Jerantut bagi tahun 2016.

Selain itu, beliau juga bergerak aktif dalam pelbagai gerakan dan aktiviti antaranya sebagai Ahli Belia Kampung Sungai Kepong, Naib Presiden 2 Persatuan Bolasepak Daerah Jerantut (2017–2019), Pengerusi Pembangunan Bolasepak Belia Daerah (2010 – 2013), Ahli Majlis Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (2010–2013), Presiden Kelab Sukan CELCOM (2010–2015), Pengerusi Majlis Belia Daerah Jerantut (2011–2013), Setiausaha Kelab Anak-anak Jerantut Di Lembah Klang (JKV) (2016–sehingga kini) dan Timbalan Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah PBSMM Dearah Jerantut (2021-2025).

Sebagai calon, Ahmad Murad bertekad sekiranya terpilih beliau akan membuat perubahan serta pembaharuan lebih progresif dalam pengurusan parti dengan mengambil kira pandangan semua ahli UMNO serta berusaha untuk menyusun program untuk golongan muda atau belia dalam bidang pembangunan jati diri dan patriotisme, khususnya tawaduk dengan mencintai UMNO berasaskan sejarah antara penyumbang terbesar pembangunan negara. Beliau juga akan mewujudkan pendekatan perhubungan yang lebih rapat dengan ketua cawangan serta penduduk dengan mendengar denyut masalah dalaman parti UMNO bahagian ini sendiri termasuk aspek kebajikan.

Selain beliau, tiga calon lain yang turut bertanding bagi jawatan tersebut ialah Datuk Mohd. Taufek Abd. Razak, Haris Salleh Hamzah serta Adzlan Zakaria.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts