CUBAAN AMERIKA SYARIKAT, CIA ALIH PERHATIAN, TUDUH ‘PRO-UKRAINE’ LETUPKAN NORD STREAM

78
SHARES
253
VIEWS

Pendedahan lengkap mengenai siapa dalang sebenar yang meletupkan Nord Stream pada September tahun lepas sudahpun dibongkarkan. Kronologi dan bagaimana operasi sulit itu digerakkan CIA, tentera komando Amerika Syarikat dan operatifnya juga satu-persatu sudah diketahui, yang semuanya mendapat persetujuan Presiden Joe Biden.

Beberapa penyelidik juga sudah menyatakan kebimbangan masing-masing terhadap nasib wartawan siasatan dan politik veteran yang juga penerima anugerah Penghargaan Pulitzer, Seymour Myron ‘Sy’ Hersh di atas pendedahan beraninya dalam isu tersebut. Ini kerana Amerika Syarikat dan CIA tentu tidak akan membiarkan beliau berterusan membuat pendedahan yang melibatkan Presiden Biden sendiri di mana menurut laporan Hersh tersebut, Bidenlah yang mengarahkannya. Rujuk pendedahan beliau yang bertajuk, “How America took out the Nord Stream Pipeline” di pautan; https://editormalaysia.com/27676/

Naratif Amerika Syarikat dan CIA untuk menutup perbuatan mereka ialah dengan menuduh kumpulan pro-Ukraine kononnya yang terlibat meletupkan paip berkenaan, tanpa memperincikan sebarang bukti atau fakta berkaitan, berbeza dengan laporan yang didedahkan oleh Hersh secara terperinci, termasuk bila dan di mana operasi dilakukan serta siapa pelakunya.

Amerika Syarikat hanya menyatakan satu ‘laporan perisikan’ yang dikatakan disemak pegawainya mendapati kumpulan pro-Ukraine merupakan dalang di sebalik serangan saluran paip gas Nord Stream yang berlaku pada September lepas. Dalam perkembangan yang sama, pihak Ukraine terus menafikan sebarang penglibatan dalam usaha sabotaj tersebut malah satu dunia tahu mereka ketika ini tiada kapasiti untuk melakukannya. Mykhailo Podolyak selaku penasihat kepada Presiden Volodymyr Zalensky, menegaskan Ukraine sama sekali tidak terlibat dalam perbuatan sabotaj tersebut, selari dengan ‘laporan perisikan’ Amerika Syarikat bahawa tiada bukti Zelensky atau pembantu tertingginya terlibat. Apapun, dalam hal ini, Ukraine terlihat marah dengan tuduhan terdesak Amerika Syarikat untuk mengalih perhatian sehingga sanggup menuduh sekutu sendiri. 

Apa yang meragukan, selain tiada maklumat lanjut mengenai laporan perisikan tersebut, sama ada bagaimana ia diperoleh atau perincian lain yang membuktikan kumpulan pro-Ukraine terlibat, bukankah Amerika Syarikat dan CIA yang memperoleh ‘keuntungan’ besar daripadanya?

Operasi sabotaj ini dilihat penganalis untuk mengalih kebergantungan Barat kepada Rusia, yang selama ini bergantung kepada gas asli dibekalkan oleh negara tersebut kepada mereka dengan harga yang murah, sekaligus memberi manfaat kepada Amerika Syarikat yang berusaha mengekalkan dominasi mereka sejak sekian lama. Malah ia sangat merugikan Rusia kerana hasil gas dan minyak negara itu dianggarkan dalam beberapa tahun ini berjumlah sebanyak 45 peratus daripada belanjawan tahunan mereka.

Kini kadar kebergantungan Eropah kepada Rusia berjaya dikurangkan dan kini tentu mereka ‘memerlukan’ Amerika Syarikat lebih daripada sebelumnya. Malah ia seumpama usaha “serampang dua mata” kerana sejak awal lagi pembekalan gas asli murah Rusia melalui Nord Stream ini dilihat oleh Washington dan rakan NATO anti-Rusia sebagai ancaman kepada penguasaan Barat.

Sebagai kesimpulan, meminjam kata-kata Hersh, “Kebimbangan politik Amerika adalah nyata iaitu: Putin kini mempunyai sumber pendapatan utama tambahan dan sangat diperlukan, dan Jerman serta seluruh Eropah Barat akan menjadi ‘ketagih’ kepada gas asli kos rendah yang dibekalkan oleh Rusia, di samping berjaya mengurangkan pergantungan Eropah kepada Amerika” – dan ‘kebimbangan’ ini perlu diatasi. 

Justeru, inilah punca ketakutan Amerika Syarikat dan CIA kepada penguasaan Rusia sehingga sanggup merancang operasi sabotaj Nord Stream. Malangnya sebaik manapun rancangan mereka, ia tetap dibocorkan.

Malang buat Amerika Syarikat, CIA dan Joe Biden. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts