Bekas Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Mahiaddin Yassin bakal didakwa di mahkamah esok. Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sebentar tadi. Pihak SPRM juga dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan pendakwaan ini dalam masa terdekat.
Muhyiddin tiba di ibu pejabat SPRM pada jam 11.18 pagi bagi memberi keterangan dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa). Apapun, beliau perlu bersyukur rumahnya tidak diserbu pada bulan puasa selepas solat sunat terawih sehinggakan kasut cucupun dirampas.
Malah kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diterajuinya ketika itu juga bertanggungjawab menyerbu rumah ibu kepada Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak iaitu Tun Rahah, yang disifatkan sebagai sangat melampau dan tidak berperikemanusiaan.
Sikap kerajaan, SPRM dan polis yang lebih ‘bersopan’ ketika ini sepatutnya mendapat pujian daripada Mahiaddin dan Perikatan Nasional, bukan asyik melaungkan takbir dan bersorak kononnya tiada keadilan. Sebaliknya berilah peluang sepenuhnya kepada Mahiaddin untuk membela dirinya di mahkamah. Lagipun beliaukan kononnya benar-benar ‘bersih’ dan tidak bersalah, maka apa yang hendak ditakutkan?