USJT BUKIT AMAN SIASAT HADI

83
SHARES
267
VIEWS
Siasatan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataannya yang mendakwa Perikatan Nasional (PN) sedang berusaha menjatuhkan kerajaan, akan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya telah menerima laporan terhadap Ahli Parlimen Marang itu, yang dibuat Pemuda Amanah Nasional dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Rabu.Kes berkenaan akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman,” katanya ringkas dalam sidang media di Ibu IPD Sentul, di sini, pada Khamis ketika diminta mengulas mengenai perkembangan isu berkenaan.

Pada Rabu Exco Pemuda Amanah Nasional, Fadhli Umar Aminol Huda dan Ketua AMK Selangor, Izuan Kasim membuat laporan polis berhubung kenyataan Abdul Hadi yang mengakui terdapat usaha dijalankan PN dan parti blok pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan polis itu dibuat Exco Pemuda Amanah Nasional, Fadhli Umar Aminol Huda dan Ketua AMK Selangor, Izuan Kasim, berhubung kenyataan Abdul Hadi yang mengakui terdapat usaha dijalankan PN dan parti blok pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Abdul Hadi pada Isnin ketika ditemu bual media di Parlimen berkata, tiada sesiapa pun boleh menghalang usaha PN tersebut berdasarkan sistem demokrasi diamalkan Malaysia dan ia boleh dilakukan sama ada melalui undi tidak percaya ataupun Surat Akuan Berkanun (SD). – Bernama

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts