RAKYAT DITUDUH MENERIMA RASUAH LIM GUAN ENG TERLEPAS DARI RASUAH
Oleh Dato’ Azwanddin Hamzah
27 Ogos 2018
Menurut Azmin, bantuan BR1M itu perlu dihentikan kerana terdapat unsur korupsi padanya.
Azmin berkata keputusan mengurangkan bantuan secara beransur-ansur dan menghentikannya ialah satu keputusan yang tepat.
Bagaimana seorang Perdana Menteri dan Menteri Kanan hari ini boleh berterusan menipu rakyat dengan tuduhan wang BR1M kepada rakyat bawahan dikatakan wang rasuah?
Bagaimana pula kes rasuah Lim Guan Eng dalam isu banglo tidak pula dikatakan rasuah malah cuba terus ditutup?
Malah ada pula cubaan untuk membuang kes tersebut dan bagaimana amalan kroni Tun Mahathir tidak sampai 100 harı PH memerintah sudah ratusan juta telah diberikan kontrak kepada taikun-taikun cina? Projek F1 melibatkan ratusan juta kepada kroni Tun Mahathir sudah pasti anaknya terlibat secara langsung.
“Pemberian wang tunai seperti ini mesti dihentikan kerana ia dianggap rasuah bermotif politik untuk mendapatkan sokongan,” katanya kepada media hari ini adalah tuduhan gila dan jika benar rasuah kenapa tidak dakwa rakyat yang menerima BR1M?
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor berkata pada Sabtu yang BR1M akan dikurangkan secara berperingkat dan kemudian dihentikan sepenuhnya.
Kenyataan Azmin ini boleh dilihat sebagai satu sokongan beliau untuk Mahathir ekoran pengumuman yang tidak disambut baik itu.
Azmin dianggap tokoh kepercayaan Mahathir pada masa ini dan didakwa terlibat dalam politik dalaman melibatkan pergelutan kuasa PKR.
Kedudukan Azmin dalam kerajaan PH dan partinya PKR semakin kukuh ekoran pelantikannya sebagai seorang menteri kanan dalam Kabinet Mahathir.
Pengumuman Mahathir itu bertentangan dengan janji PH sebelum pilihan raya umum lalu dan rakyat perlu bangkit kerana semua rakyat yang menerima BR1M dikatakan penerima rasuah dan sekaligus kita ditipu oleh pemimpin PH.
BR1M, bantuan inisiatif kerajaan Barisan Nasional diubah nama kepada Bantuan Sara Hidup selepas PH berkuasa.
PH semasa kempen Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) berjanji menghapuskan tol dan meneruskan bayaran BR1M, janji yang dilihat dibuat semata-mata untuk mendapat undi.
Sedangkan PH menjadikan janji menghapuskan GST dan memansuhkan kutipan tol sebagai janji-janji utamanya sepanjang kempen PRU14.
Dato’ Azwanddin Hamzah
Presiden
Jaringan Melayu Malaysia ( JMM )
(Dipetik melalui laman Facebook beliau)