TUN MAHATHIR DAN POLITIK LIANG LAHAD

104
SHARES
335
VIEWS

Perdana Menteri dua kali, Tun Mahathir Mohamad memerintah pertama kali selama 22 tahun dan kali kedua hanya selama 22 bulan. Sungguhpun begitu boleh dibanggakan kerana ramai dalam kalangan rakan-rakan dan kroni-kroninya menjadi bilionair, termasuklah anak-anaknya.

Walaupun beliau gigih berpolitik pada usia 97 tahun, malah partinya kalah teruk sehingga hilang wang deposit, namun Tun Mahathir masih bersemangat untuk kekal dalam politik negara tanpa jemu. Walaupun banyak pihak melihat beliau sudah tidak lagi relevan selaku ahli politik namun bagi Tun Mahathir, beliau tidak pernah mengambil peduli apa yang dikatakan kepadanya. Beliau konsisten berpolitik mengikut cara dan pemikirannya sendiri, walau ketinggalan zaman, hatta bergaduh dengan anak sendiripun diumpamakan sebagai pengorbanan dalam politik.

Bagi Tun Mahathir, politik ini lagi penting dari hubungan kekeluargaan, biar bergaduh teruk, biar anak tidak dipedulikan, biar rakan-rakan ditinggalkan, asalkan matlamat politiknya tercapai. Bagi Tun Mahathir, tidak wujud erti bersara dalam kamus hidupnya, baginya politik inilah segala-galanya. Politik ini umpama udara yang beliau perlukan sepanjang masa, tanpanya mungkin beliau sudah lama termenung di rumah, bersama anak cucu dan cicit-cicitnya.

Apapun, tahniah dan syabas Tun Mahathir, apa sahaja tidak dipedulikannya, beliau tetap konsisten berpolitik walaupun tidak lama lagi usianya mencecah satu abad.

Semoga beliau terus berpolitik sehingga ke akhir hayat, agar menjadi contoh dan teladan buat generasi yang akan datang bahawa bergaduh dengan anak dan keluargapun tidak mengapa, asalkan politik tetap bersamanya sehingga ke liang lahad. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts