15 NAMA MP YANG DIKAITKAN BAKAL LETAK JAWATAN WAJAR BUAT PENAFIAN

611
SHARES
2k
VIEWS

15 nama-nama Ahli Parlimen UMNO-Barisan Nasional yang didedahkan oleh sebuah portal, yang dikatakan akan meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) sepatutnya membuat penafian serta-merta.

Sebelum ini Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong sudahpun membuat penafian tetapi sehingga kini nama-nama lain tidakpun berani tampil membuat penafian. Malah Wee juga berkata tidak menyokong sebarang gerakan meletakkan jawatan dan memaksa PRK dilakukan.

Kami tidak akan menyokong langkah sedemikian yang memerlukan mana-mana Ahli Parlimen yang dipilih untuk ‘mengorbankan’ kerusi mereka untuk memaksa pilihan raya kecil diadakan.

Diharapkan semua Ahli Parlimen yang tidak menjawat sebarang jawatan dalam Kerajaan Perpaduan ini tidak bertindak membelakangkan Presiden dan parti, malah mengheret rakyat untuk mengundi sekali lagi sedangkan rakyat sudahpun membuat keputusan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lepas.

Berjiwa besarlah, cukup-cukuplah berpolitiking dan sama-sama pulihkan negara daripada “sampah-sampah politik” sebelum ini yang banyak merugikan negara, yang hanya memikirkan jawatan dan asyik mencari jalan menumbangkan kerajaan.

Semoga Allah Taala sentiasa melindungi kerajaan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong daripada sebarang ancaman jahat dan merahmati negara ini sepanjang masa. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts