DAIM TERLIBAT TAJA GERAKAN TUMBANGKAN KERAJAAN?

357
SHARES
2.1k
VIEWS

Sebelum Aidilfitri yang disambut meriah sudahpun terdengar perkembangan terkini ada tiga individu tertinggi Perikatan Nasional bertemu Tun Daim Zainudin. Walaupun tujuan pertemuan tersebut sudah boleh diagak namun di pihak Daim, beliau perlu menafikan terlibat sekiranya tidak bersetuju dengan cadangan tiga individu tersebut.

Pertama, jika Daim tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana pihak, beliau perlu segera membersihkan namanya dan jangan lagi menerima kunjungan daripada mereka atas apa jua tujuan sekalipun. Daim sendiri tahu, pihak yang bertemunya itu tidak boleh dipercayai malah hanya mencari jalan menyelamatkan diri masing-masing daripada sebarang pertuduhan.

Kedua, jika cadangan mereka meminta Daim membiaya Perikatan Nasional itu tidak dipersetujui, Daim perlu segera menafikannya apatah lagi pertemuan tersebut telahpun diketahui ramai. Apabila perinciannya tidak diketahui dan Daim sendiri masih mahu berdiam diri maka spekulasi beliau bersekongkol dalam usaha menumbangkan kerajaan tentu lebih mudah dipercayai.

Ketiga, Daim juga dikenali sebagai peggerak belakang tabir selama ini maka tentu sukar untuk menyingkirkan persepsi ramai bahawa beliau terlibat. Beliau juga dikenali sebagai pro Tun Mahathir dan anti Anwar Ibrahim. Walaupun senario mungkin sudah berubah ketika ini tetapi bukan ramaipun yang tahu mengenai perkembangan terkini beliau dan hubungannya dengan pihak tertentu yang dahulu baik tetapi kini renggang.

Apapun, dalam usia senja dan faktor kesihatan, tidak boleh dinafikan Daim masih berbisa dan banyak pihak bertemunya akhir-akhir ini untuk merundingkan pelbagai perkara termasuklah perubahan dalam kerajaan.

Justeru, Daim perlu tampil menjelaskan perkara tersebut demi menjernihkan suasana yang kini dilihat tidak memihak kepadanya. Semoga Tun Daim terus diberikan kesihatan yang baik dan bersama memajukan negara. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts