TIADA PENUTUP LONGKANG UNDANG BENCANA, DBKL DIGESA BERTINDAK

338
SHARES
2k
VIEWS

SURAT PEMBACA | Pihak berkuasa digesa segera bertindak atas beberapa aduan mengenai kehilangan penutup longkang di Taman Melati, dipercayai dicuri. Lokasinya di Taman Seri Melati, Jalan Madrasah, dekat Gombak Setia iaitu di bawah kawasan selenggaraan DBKL.

Diharapkan pihak terlibat segera bertindak bagi mengelakkan kejadian yang jauh lebih buruk daripada berlaku. Ini kerana sudah berlaku beberapa insiden sebelum ini iaitu melibatkan kanak-kanak mahupun orang dewasa terjatuh di dalam longkang ini, mujurnya belum ada yang diragut maut.

Tiada lagi penutup konkrit pada sudut longkang ini yang dipercayai dicuri angkara vandalisme. Kehilangan penutup ini sudah lama berlaku, yang mendedahkan penduduk kepada risiko cedera mahupun kemalangan maut. 

Bagi mengelakkan insiden lebih buruk menimpa penduduk terutama pada waktu malam dan hujan, DBKL digesa bertindak segera bagi mengatasi isu tersebut.

Warga Emas

Seri Melati, Kuala Lumpur

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts