TOK MAT NAFI AHLI PARLIMEN BN TERLIBAT DALAM USAHA TUMBANGKAN KERAJAAN

72
SHARES
233
VIEWS

UMNO-Barisan Nasional hari ini menafikan penglibatan Ahli Parlimennya dalam usaha menumbangkan Kerajaan Perpaduan kerana sudah ada perjanjian  persefahaman yang dimeterai sebelum ini bersama rakan-rakan empat gabungan iaitu Pakatan Harapan, Barisan Nasional, GPS dan GRS serta parti Warisan.

Selain itu, wujud juga Akta Lompat Parti yang mengekang mana-mana Ahli Parlimen daripada memberikan sokongan atau melompat parti, sepertimana yang kerap berlaku sebelum ini sehingga membuatkan kestabilan negara tergugat dan kemelut berpanjangan.

Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Utama Mohamad Bin Hasan atau Tok Mat berkata kerajaan ketika ini agak kuat melalui sokongan dua pertiga atau 148 Ahli Parlimen yang ada, di mana menurutnya ia menyukarkan sebarang cubaan untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.

Beliau dipetik berkata sedemikian ketika ditanya wartawan mengenai dakwaan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Faiz Na’aman yang mendakwa Perikatan Nasional sudah mempunyai 126 sokongan.

Bagaimanapun Faiz selepas itu beliau asyik memutar-belitkan kata-katanya sendiri selepas ditanya oleh wartawan, kononnya angkat 126 itu boleh membawa pelbagai maksud dan tidak semestinya mengenai jumlah sokongan kepada Perikatan Nasional. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts