SULTAN JOHOR BIMBANG KESTABILAN KERAJAAN DAN NEGARA

78
SHARES
251
VIEWS

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah menyuarakan kebimbangan baginda dengan desas-desus berkenaan kestabilan kerajaan yang terus kedengaran sehingga hari ini, walaupun sudah enam bulan PRU-15 diadakan.

Rakyat telah menaruh harapan tinggi dalam PRU 15 lalu, dan telah memberi undi mereka kepada 222 wakil rakyat untuk mengembalikan kestabilan politik negara.”

Namun, sehingga kini, 222 Ahli Parlimen ini masih tidak dapat bersepakat sehingga ada gerakan yang cuba menggagalkan kestabilan yang sedang dibina. Keadaan sebegini adalah tidak sihat untuk semua lapisan negara kita, baik dari segi sosial, ekonomi mahupun kedudukan kita di peringkat antarabangsa.”

Sudah-sudahlah. Sampai bila lebih 30 juta rakyat Malaysia hendak menanggung keadaan sebegini? Ekonomi perlu dipulihkan, kesejahteraan dan kemakmuran negara mesti diutamakan,” titah DYMM Sultan Ibrahim.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts