KALAU BETUL MAHU TOLONG MELAYU, KEMBALIKAN APA YANG ‘DISAKAU’ – ANWAR

80
SHARES
259
VIEWS

Perdana Menteri kesepuluh Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas sesetengah pihak yang hanya beretorik mahu menegakkan hak Melayu tetapi sebaliknya bertindak memperkayakan diri, keluarga dan kroni masing-masing. 

Beliau berkata jika mereka benar-benar serius mahu memperjuangkan atau menyelamatkan orang Melayu, mereka boleh menyerahkan separuh keuntungan mereka.

Kalau betul nak selamatkan Melayu, saya nak bagitahu pembesar-pembesar, tun-tun, tan sri-tan sri yang kaya-kaya ini, betul nak tolong Melayu? Yang ambil keuntungan bilion-bilion untung, bagi setengah kepada orang Melayu besok.

Sindiran tersebut dibuat pada majlis rumah terbuka Madani di UiTM, Pulau Pinang hari ini. Anwar juga dipetik berkata, jika ‘golongan kayangan’ ini benar-benar serius mahu menegakkan hak orang Melayu, apa yang ‘disakau’ mesti dikembalikan kepada orang Melayu.

Berapa kekayaan? RM10 bilion? RM15 bilion? Betul nak tolong Melayu? Ya. Betul nak jadi pejuang Melayu? Ya. Betul nak hidupkan Melayu? Yang kamu sakau itu kamu kembalikan kepada orang Melayu,” katanya.

Sebagai rekod, Anwar sebelum ini selalu mengkritik golongan elit termasuk pemimpin-pemimpin politik yang memonopoli banyak perniagaan, serta mengumpul kekayaan besar-besaran sepanjang mereka memerintah. 

Beliau juga berkata akan mengambil tindakan terhadap individu tertentu mengamalkan rasuah serta menyalahgunakan kuasa, termasuk mereka yang bergelar Tun dan Tan Sri. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts