DEKLARASI RAKYAT MALAYSIA TOLAK MAHATHIR DAN HADI

125
SHARES
404
VIEWS

Mahathir Mohamad dan Hadi Awang adalah punca perpecahan rakyat Malaysia. Tunku Abdul Rahman pecat Mahathir daripada UMNO dan memberi amaran kepada kaum Melayu bahawa Mahathir bakal memecah-belahkan keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama.

Tun Hussein Onn memanggil Mahathir ‘crook‘ kerana memecah-belahkan UMNO selepas menjadi Presidennya. Untuk kekalkan kuasa Mahathir menipu pemilihan UMNO untuk mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah, malah Ku Li masih hidup dan isu boleh ditanya kepada beliau. Kemudiannya UMNO diharamkan di zaman Mahathir.

Memfitnah dan memenjarakan Anwar pada tahun 1998. UMNO Kubang Pasu pernah menolak Mahathir daripada menjadi perwakilan Bahagian ke PAU ketika Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Mahathir merajuk dan keluar dari UMNO. Namun beliau kembali selepas berjaya memaksa Pak Lah meletakkan jawatan dan Najib diangkat menjadi Perdana Menteri. Musa Hitam memanggil Mahathir ‘devil‘. Musa juga masih hidup dan isu ini boleh diajukan kepadanya. 

Kemudiannya, selepas gagal memaksa Najib meletakkan jawatan, Mahathir keluar lagi dari UMNO dan menubuhkan Bersatu. Tanpa rasa malu beliau berjumpa Anwar di mahkamah dan hospital  meminta untuk menyertai Pakatan Harapan.

Mahathir kemudiannya melancarkan Solidariti Rakyat serta mengumpul tandatangan rakyat bagi mendesak Najib meletakkan jawatan.

Pakatan Harapan menang pada Pilihan Raya Umum 2018 dan walaupun Bersatu cuma menang 13 kerusi Parlimen daripada 52 kerusi yang dipertandingkan, Mahathir menjadi Perdana Menteri kali kedua.

Walaupun ada perjanjian untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar, Mahathir dengan muka tebal berdolak-dalik sehingga berlakulah Langkah Sheraton dan kerajaan Pakatan Harapanpun tumbang.

Mahathir keluar pula Bersatu dan menubuhkan parti Pejuang dan masuk bertanding 125 kerusi pada PRU-15 pada 19 November 2022. Namun mereka kalah teruk serta hilang deposit di semua kerusi yang dipertandingkan. Mahathir kemudiannya menangis macam budak kecil kerana kecewa rakyat Langkawi menolak beliau.

Ingatkan Mahathir akan insaf dan bersara selepas Anwar dilantik menjadi Perdana Menteri kesepuluh. Rupa-rupanya tidak, beliau kini berpakat pula dengan Hadi Awang dan berkempen Proklamasi Orang Melayu.

Amanat Hadi Awang pada tahun 1981 telah memecah-belahkan kaum Melayu. Hadi mengkafirkan UMNO, sembelihan UMNO haram, kahwin anak ahli UMNO juga haram, malah berimamkan ahli UMNO dikatakan sebagai tidak sah. Kemuncaknya berlakulah peristiwa Memali di Baling yang memgakibatkan 18 nyawa terkorban. Namun sehingga ke hari ini Hadi tidak memohon maaf kepada rakyat Baling.

Mahathir dan Hadi sebenarnya yang memecah-belahkan kaum Melayu dan rakyat Malaysia dari dahulu hingga sekarang.

Kedua mereka akan berusaha menjatuhkan kerajaan Perpaduan Anwar Ibrahim kerana Anwarlah satu-satunya pemimpin yang berjaya menyatukan PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat dan UMNO dengan DAP dalam Kerajaan Perpaduan hari ini.

Hanya rakyat yang jahil sahaja yang boleh diperbodohkan oleh Mahathir dan Hadi. Semua dakwaan mereka dalam Proklamasi Orang Melayu adalah fitnah dan hasutan semata.

Seluruh rakyat yang cintakan negara ini mesti menolak kedua-dua pemimpin perosak bangsa dan negara.

Dato Nazri Abdullah

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts