SAIFUDDIN CUBA ‘TUTUP’ GERAKAN PN TUMBANGKAN KERAJAAN

79
SHARES
255
VIEWS

Seperti biasa, Perikatan Nasional sama ada Bersatu ataupun PAS suka bertanya soalan yang boleh menjerat diri sendiri. Kali ini Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang juga bekas Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah pula meminta sebarang soalan berkaitan gerakan menumbangkan kerajaan ditanyakan terus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau lupa, Bersatu sendiri yang kurang cermat dalam me rundingan serta menawarkan pelbagai “gula-gula politik” kepada beberapa pihak dan individu termasuk habuan tawaran jawatan Perdana Menteri, yang membuatkannya bocor dan diketahui umum. 

Namun Saifuddin tetap cuba menuduh perkara itu dimulakan dan dibangkitkan oleh Anwar, yang mencetuskan pelbagai tanggapan dan kini menjadi perbualan harian dalam kalangan rakyat. 

Dari mana kita dapat dengar cerita berkaitan dengan ada angka atau ada langkah-langkah tertentu ini?” 

Setahu saya kita dengar ini daripada dua sumber, yang pertama ialah daripada Perdana Menteri, dia yang sebut dan yang kedua kalau kita pergi mana-manapun rakyat sebut soalan ini.

Dua soalan Saifuddin inipun sudah memperlihatkan kedunguannya atau beliau sengaja buat-buat bodoh agar gerakan Perikatan Nasional mahu menumbangkan kerajaan ini tidak dihidu rakyat – yang sudah semakin menyampah dengan ahli politik yang gila kuasa.

Pertama, Tan Sri Mahiaddin atau Ismail Sabri bukan lagi Perdana Menteri sebaliknya Anwar, maka tentulah maklumat risikan domestik daripada pelbagai agensi dan kumpulan ada padanya.

Perdana Menteri mengetahui segala gerakan Perikatan Nasional sama ada yang digerakkan oleh PAS atau Bersatu termasuk tawaran jawatan Perdana Menteri kepada individu tertentu yang sudahpun ditolak.

Yang terkini, muncul kembali nama Perdana Menteri daripada UMNO yang dahulu pernah menjadi Perdana Menteri sebelum PRU-15 yang akan mencari jalan menarik sokongan ahli-ahli partinya. 

Selain itu, Saifuddin jangan lupa, Perdana Menteri juga tahu Perikatan Nasional memperguna nama Istana untuk menarik sokongan penyokong-penyokongnya serta taikun-taikun yang dahulu bersama mereka agar terus meyakini usaha mereka menumbangkan kerajaan.

Yang penting, jangan sampai perjuangan sendiri mula tidak dipercayai dan dijauhi oleh penyokong-penyokong dan taikun-taikun ini maka apapun akan dilakukan oleh Perikatan Nasional. 

Kedua, Saifuddin mempersoal rakyat yang berbicara perkara ini adalah kesilapan Perikatan Nasional sendiri, yang berusaha meyakinkan penyokong-penyokongnya bahawa Istana merestui perbuatan mereka menumbangkan kerajaan.

Maka, jika tiada angin masakan pokok bergoyang. Jika Perikatan Nasional tidak berusaha menumbangkan kerajaan maka tentu tiada siapapun yang akan bercakap mengenai hal tersebut.

Bukan sahaja Anwar atau rakyat, malah sesiapa jua tentu tidak akan mempedulikannya.

Justeru, cubaan Saifuddin ‘menutup’ gerakan PN menumbangkan kerajaan ini seumpama mahu menutup tahi dengan kedua-dua tangannya. Tentulah semua orangpun nampak dan terbau busuknya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts