AZAM BAKI DILANTIK SEMULA KP SPRM SELAMA SETAHUN

76
SHARES
245
VIEWS

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini mengumumkan Tan Sri Azam Baki telah dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkuatkuasa Jumaat ini.

Pelantikan semula beliau selama setahun diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Selaras dengan subseksyen 5(1) dan (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.” 

Pelantikan itu adalah untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa 12 Mei 2023.

Sebagai rekod, Azam dilantik ke jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mei 2020 bagi menggantikan Latheefa Beebi Koya.

Beliau memulakan kerjayanya di SPRM pada 1984 dengan jawatan pertamanya sebagai  penolong pegawai siasatan. Beliau juga pernah diberi tanggungjawab sebagai pegawai perisikan dan pegawai pendakwaan. 

Latheefa Koya pula sebelum itu dilantik bagi menggantikan Datuk Seri Shukri Abdull, yang terpaksa berhenti awal kerana gagal dalam kes 1MDB, sehingga menimbulkan kemarahan Tun Mahathir dan terpaksa meletakkan jawatan.

Tahniah Tan Sri, semoga dapat meneruskan misi membongkar dan menghadapkan pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional yang rasuah dan salah guna kuasa, yang telah banyak merugikan negara dan menghabiskan wang rakyat. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts