YUSMADI: RAHIM NOOR TIDAK LAYAK

361
SHARES
2.1k
VIEWS

Isu Tan Sri Abdul Rahim Noor dilantik sebagai fasilitator bagi proses keamanan di selatan Thailand kini dikritik pula oleh Senator Dewan Negara, Yusmadi Yusoff, bagi menyokong gesaan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar agar kerajaan mempertimbangkan semula keputusan melantik bekas Ketua Polis Negara itu.

Yusmadi juga membidas kenyataan Rahim sebelum ini yang menyifatkan bantahan Nurul Izzah tidak harus dipandang serius kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya bukan anak Anwar tapi saya membantah pelantikan beliau kerana prinsip. Ramai lagi tokoh yang berwibawa boleh dilantik kerajaan. Antaranya bekas Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz atau Anwar sendiri.”

Jelas Yusmadi yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, tindakan melantik Abdul Rahim adalah tidak wajar kerana beliau mempunyai rekod lampau dan tidak sesuai memegang jawatan itu.

“Saya tegas memohon pemimpin kerajaan untuk mempertimbangkan calon lain untuk jawatan berkenaan.”

“Bagi saya Rahim tidak mempunyai integriti dan beliau seorang individu yang berjawatan tinggi pada suatu ketika telah disabitkan kesalahan jenayah yang serius setelah mencederakan pemimpin tertinggi negara, perkara tersebut hanya diketahui hanya selepas proses suruhanjaya dilaksanakan.”

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts