BNM NAFI KENAIKAN OPR PUNCA MENINGKATNYA KES BANKRAP

334
SHARES
2k
VIEWS

Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM)  meningkatkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) 3 Mei 2023 lepas menjadi penyebab kepada meningkatnya kes-kes bankrap di negara ini. 

Perkara tersebut dinyatakan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus yang berkata tiada sebarang bukti dan angka untuk menyokong dakwaan sedemikian. Beliau menambah bahawa secara agregat, isi rumah terus memegang aset kewangan melebihi hutang yang membolehkan mereka menguruskan peningkatan kos pinjaman masing-masing. 

Saya ingin menegaskan bahawa tidak benar kenaikan OPR menyebabkan peningkatan kebankrapan. “Kami akui terdapat kantung segmen dan sektor yang memerlukan bantuan kerana keadaan mereka, dan bantuan masih tersedia untuk mereka yang memerlukan.”

Dengan semua syarat ini, adalah tepat pada masanya, perlu dan wajar bahawa dasar monetari ditentukur semula untuk memastikan kami terus berada di landasan pertumbuhan yang mampan.

Shamsiah menjelaskan isu ini ketika mengumumkan Prestasi Ekonomi suku pertama (S1) 2023 di Sasana Kijang, hari ini. 

Beliau turut menjelaskan bahawa keputusan untuk menaikkan OPR dibuat kerana ekonomi negara terus kukuh, keluaran dalam negara kasar (KDNK) melepasi paras pra-pandemik serta pengangguran menurun dan isi rumah kekal berdaya tahan.

Sebagai rekod, banyak pihak sebelum ini meminta campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kenaikan OPR di sebalik kebimbangan rakyat mungkin berdepan dengan masalah kewangan akibat dari kenaikan tersebut. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts