BLOGGER DITAHAN, ISU TERIMA SUAPAN BANTU PROJEK BERNILAI RM41 JUTA

78
SHARES
252
VIEWS
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang ‘blogger‘ bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan satu projek bernilai RM41 juta, pagi semalam.
Blogger lelaki tersebut dipercayai menerima rasuah kira-kira RM1.3 juta daripada sebuah syarikat teknologi maklumat pada sekitar tahun 2020.
Perintah reman selama dua hari tersebut dikeluarkan oleh Majistret Puan Irza Zulaikha Rohanuddin terhadap suspek selepas SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan tangkapan berkenaan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 16 ASPRM 2009.

Menurut Utusan Malaysia, rasuah tersebut dipercayai dilakukan sebagai dorongan kepada suspek untuk melobi supaya syarikat berkenaan berjaya dalam perolehan kontrak berkaitan.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan tangkapan berkenaan dan kes disiasat di bawah seksyen 16 ASPRM 2009.

Identiti blogger tersebut sudah dikenalpasti namun setakat ini tiada sebarang kenyataan berekod diterima dari SPRM berkaitan identitinya. Selain isu menerima suapan, SPRM juga akan melihat bagaimana tatacara perolehan projek ini dilaksanakan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts