DITAHAN SPRM, PELUANG BERSIHKAN NAMA – RAFI AWANG KECHIK

149
SHARES
480
VIEWS

Blogger Mohd Rafi Awang Kechik yang ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama sehari setengah minggu lepas berpandangan bahawa dengan penangkapan ini boleh membersihkan namanya kelak.

Rumah dan pejabat beliau yang juga pemilik NR Channel diserbu SPRM berhubung dakwaan menerima rasuah berjumlah RM1.3 juta bagi usaha melobi satu projek berjumlah RM41 juta, yang melibatkan sebuah kementerian.

Rafi yang turut dikaitkan dengan pemimpin UMNO tertentu, bagaimanapun memandang ‘positif’ mengenai isu tersebut kerana menurutnya sekarang ini banyak pihak melihat beliau terlibat rasuah, khianat kawan serta ‘makan seorang’ sedangkan satu senpun tidak diterima daripada kerja melobi tersebut.

Beliau hanya membantu rakannya dan diperkenalkan kepada satu syarikat pada tahun 2020  untuk kerja melobi tersebut, namun kawannya itu meninggal dunia pada 2021. Seterusnya Rafi berhubung secara terus dengan syarikat yang dibantunya itu tetapi beliau dimarahi dengan alasan syarikat itu mengalami kerugian.

Walaupun tidak menerima manfaat apa-apa melalui bantuannya melobi projek itu hatta satu senpun, malah 23 cek yang ditunjukkan SPRM kepadanya juga bukan atas namanya, justeru Rafi sendiri berasa hairan dengan tuduhan dan penangkapan yang dibuat ke atasnya.

Sungguhpun begitu, menurut beliau inilah peluang untuknya membersihkan namanya seolah-olah menerima rasuah dari usaha melobi. Semoga keadilan terserlah dan yang tidak bersalah mampu membersihkan namanya. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts