UNDI KERAJAAN PERPADUAN: BIMBANG DISALAH TAFSIR, TIMBUL PERSEPSI NEGATIF

343
SHARES
2k
VIEWS

Gesaan meminta ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO untuk memangkah atau memberi undi kepada mana-mana parti di dalam Kerajaan Perpaduan termasuk DAP, dikhuatiri akan disalah tafsir dan menimbulkan persepsi negatif. 

Kebimbangan tersebut dizahirkan oleh Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata gesaan atau kempen sebegitu tidak sepatutnya dilakukan.

Bagi saya kita tak perlu mengarah atau menyuruh mana-mana ahli parti atau pengundi untuk beri undi atau pun menyokong mana-mana parti yang bertanding dalam Kerajaan Perpaduan.” 

Ini kerana pengundi sudah mempunyai keputusan mereka sendiri dan saya harap semua pihak lebih berhati-hati dan tidak menyentuh apa-apa perkara yang boleh disalah tafsir,” – seperti yang dilapor Sinar Harian. 

Beliau turut memberi saranan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kelak, UMNO sepatutnya berusaha meyakinkan rakyat bahawa kerajaan yang ada pada hari ini adalah yang terbaik dan kerjasama yang ada mampu memberi manfaat terbaik buat mereka berbanding kerajaan sebelumnya.

Tempoh yang ada ini sebaik-baiknya digunakan meyakinkan rakyat, tambahnya. 

Sebagai rekod, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum ini dilaporkan menggesa ahli-ahli UMNO agar taat kepada parti dan perlu memilih mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan.

Gesaan itu menurutnya dilakukan agar kestabilan politik dan negara dapat dijaga, sekaligus mentaati titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts