ANAK BEKAS PERDANA MENTERI DIPANGGIL SPRM BANTU SIASATAN

183
SHARES
589
VIEWS

Anak kepada seorang bekas Perdana Menteri dipanggil SPRM bagi membantu satu lagi siasatan berhubung aktiviti perniagaannya. Akhbar The Star yang memetik sumber yang rapat dengan siasatan itu, melaporkan tersebut disoal siasat selama beberapa jam.

Beliau dipanggil memberi keterangan pada jam 10 malam di ibu pejabat SPRM di Putrajaya. Menurut The Star, nama anak bekas Perdana Menteri yang dipanggil itu turut disenaraikan dalam Panama Papers tetapi tidak diketahui sama ada beliau disiasat berkaitan pendedahan tersebut. 

Sebagai rekod, antara nama yang disenaraikan dalam Panama Papers termasuk Fakhri Yassin, anak sulung Tan Sri Mahiaddin Yassin dan Mirzan, anak sulung Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beberapa nama lain yang turut disebut dalam Pandora Papers ialah Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Ekonomi Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Tun Daim Zainudin, Yamani Hafez iaitu anak kepada Tan Sri Musa Aman dan Wiiliam Leong, bekas bendahari PKR.

Turut disebut ialah Mahmud Abu Bekir Abdul Taib, anak kepada Tun Taib Mahmud serta dua beradik Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin, iaitu anak kepada Tun Daim, bekas Menteri Kewangan di zaman Tun Mahathir.

Selain nama di atas, tentunya nama ahli perniagaan dalam buruan iaitu Low Taek Jho atau Jho Low juga tersenarai dalam Pandora Papers. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts