KETUA BAHAGIAN PENYELIDIKAN DITAHAN SPRM

570
SHARES
1.8k
VIEWS

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesahkan penahanan Datuk Hasanah Ab. Hamid, bekas Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri petang tadi.

SPRM menahan bekas ketua bahagian risikan tersebut kerana disyaki terbabit dalam salah guna dana milik Kerajaan Malaysia bagi peruntukan Pilihan Raya Umum ke-14.

Beliau akan disiasat menurut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret di Putrajaya esok untuk direman. Beliau yang berumur 61 tahun, ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir untuk memberi keterangan.

Seksyen 23(1) berhubung penggunaan jawatan awam untuk mendapatkan suapan yang membawa kepada hukuman penjara tidak lebih 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000.

Sebelum ini, tujuh pegawai kanan termasuk seorang yang bergelar Datuk ditahan secara berperingkat semalam dan direman pada hari ini atas dakwaan menyalahgunakan wang peruntukan tersebut bagi tujuan peribadi.

Pada Mei lepas iaitu 5 hari sebelum PRU-14, Hasanah didakwa menulis surat kepada Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Gina Haspel yang telah disalah tafsir sebagai meminta sokongan Washington kepada pentadbiran Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts