ISU KELANTAN MUNDUR, AGUS BIDAS HAJI HADI KENAPA MAHU SALAHKAN ANWAR

99
SHARES
319
VIEWS

1. Pelik saya apabila kelmarin Presiden PAS menyalahkan PMX, Anwar Ibrahim sebagai punca negeri Kelantan menghadapi masalah bekalan air bersih, kediaman dan barangan keperluan harian.

2. Katanya, ini kerana kerajaan pusat tidak menghormati prinsip demokrasi dengan menyekat bantuan kepada kerajaan negeri bermula sejak zaman PM sekarang menjadi Menteri Kewangan lagi.

3. Peliknya ialah mengapa Anwar Ibrahim dipersalahkan? Anwar hanya menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1991 ketika beliau menjadi Naib Presiden UMNO sehinggalah dipecat dari parti dan kerajaan pada 2 September 1998. Menjadi PM pun bermula pada 24 November 2022, baharu enam bulan.

4. Peliknya, kenapa tidak dipersalahkan Mahathir yang menjadi bos kepada PMX pada tahun 1991? Mengapa tidak dipersalahkan juga Menteri Kewangan sebelum dan selepas Anwar pada tahun 1998?

5. Peliknya, kenapa Presiden PAS tidak timbulkan hal ini di Parlimen dan menyatakan secara berdepan kepada PMX bahawa beliaulah penyebab rakyat Kelantan minum air kotor. Ini tidak, masa soal jawab bersama PM tidak hadir, dan jikapun hadir diam sahaja.

6. Saya pelik, selama 33 bulan semasa menjadi kerajaan pusat, apa yang PAS buat untuk bantu Kelantan? Adakah bersuara menuntut hak Kelantan? Usahkan bersuara, royalti minyak yang sedang dibicarakan di mahkamahpun ditarik balik.

7. Mudahnya menyalahkan orang lain tanpa melihat kelemahan sendiri. Islam tidak ajar macam itu. Islam mahukan kerajaan yang cekap dan berkemampuan dengan melantik pegawai yang berkelayakan, bukannya mengamalkan kronisme. Islam juga mahukan pemimpin melaksanakan janji-janji pembangunannya, bukan sekadar mengumumkan projek, meletakkan batu asas dan selepas itu diam.

8. Sepatutnya sebagai sebuah kerajaan yang telah memerintah selama 43 tahun, PAS mempunyai idea dan perancangan untuk memajukan negeri, tetapi sayang, ideanya kering. Banyak kelemahan kepimpinannya disembunyikan dengan menggunakan bangsa dan agama.

9. Inilah yang merisaukan saya. Berpuluh tahun menjadi kerajaan, masalah keperluan asas negeri tidak selesai. Jika ditegur, muncul pengkritik tegar yang marah-marah sedangkan tujuan teguran adalah untuk kebaikan negeri dan rakyat.

10. Seruan saya sederhana. Saya menyeru anak muda dan rakyat Kelantan di mana juga berada, cari kaedah untuk membangunkan Kelantan.

Penyelesaiannya mudah, rakyat Kelantan patut keluar dari kepompong PAS dan memilih pemimpin yang komited untuk membangunkan Kelantan.

Prof. Mohammad Agus Yusoff

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid034HqTgEbdQ9h5DZ9Ms43QsEcdxKLboxPPWG3pomL6yEFvzJDUEcZMHCvuFboQqzPkl&id=1324102718&mibextid=Nif5oz

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts