J-KOM, JAPEN DAN KEMAS, PETUGAS BARISAN HADAPAN ASPIRASI MALAYSIA MADANI

71
SHARES
229
VIEWS

Program Taklimat Khas Malaysia MADANI Zon Sabah yang dijayakan dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah dijayakan di Wisma Wanita, Kota Kinabalu, Sabah, pada 24 Ogos semalam.

Program ini bertujuan untuk memastikan pegawai di lapangan dibekalkan dengan informasi terkini mengenai konsep Malaysia MADANI agar ia dapat diterjemahkan kepada akar umbi dan masyarakat.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah J-KOM, Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff manakala Taklimat Khas dan Sesi Dialog Malaysia MADANI pula telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) J-KOM, Dato’ Ismail Yusop.

Turut hadir dalam program ini ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik) JaPen Malaysia, Suwardi Guliling dan Pengarah KEMAS Sabah, Ahmad Fakhrul Azman Bin Muhammad Radzi dan lain-lain jemputan.

Semoga dengan pelaksanaan program bertemu para petugas ini dapat diteruskan dari masa ke semasa ke seluruh negara agar konsep Malaysia MADANI agar ia dapat dijelaskan sepenuhnya kepada akar umbi dan masyarakat.

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri (JPM)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts