ISHAM JALIL UCAP SELAMAT BERSIDANG KEPADA SEMUA PERWAKILAN UMNO

80
SHARES
257
VIEWS
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO saudara Isham Jalil mengucapkan selamat bersidang kepada seluruh perwakilan UMNO, Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda, Pergerakan Puteri dan pemerhati serta seluruh ahli UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 yang bermula hari ini sehingga 10 Jun depan.
Sebelum ini YAB Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO berkata perhimpunan agung ini diadakan lebih awal berbanding kebiasaan, sebelum jentera parti turun padang berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kelak.
Justeru, kepada seluruh perwakilan dan pemerhati serta ahli-ahli UMNO yang terlibat, semoga persidangan kali ini mampu menterjemahkan kesatuan, perpaduan dan semangat ukhwah serta setiakawan antara satu sama lain, sekaligus mampu menzahirkan perjuangan murni dan berterusan buat agama, bangsa dan tanahair. 
Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts