JANGAN BERSELISIH, BERPUAK-PUAK, ELAKKAN ‘PSYWAR’ – TOK MAT

336
SHARES
2k
VIEWS

Dalam Persidangan Agung UMNO 2023 yang berakhir semalam, Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Utama Mohamad Hassan sempat menitipkan pesan buat ahli-ahlinya ketika ditemui media, agar jangan terpengaruh dengan apa jua kritikan termasuk daripada mereka yang berdendam terhadap UMNO serta berhati-hati dengan ‘psywar’ musuh. 

UMNO ini parti yang telah banyak usia, lama dan saya harap ahli-ahli boleh membuat penilaian masing-masing, kadang-kadang ada ungkapan-ungkapan dan percakapan mereka (musuh parti) lemparkan itu merupakan psywar.”

Ada juga (yang) lepaskan geram jadi kita tak mahu, saya harap ahli UMNO terutamanya tidak terganggu dengan apa-apa yang diperkatakan.”

Tok Mat juga berkata bahawa UMNO tidak boleh lagi berpecah-belah dan berselisih serta ‘berpuak-puak’. Beliau juga berpesan kepada ahli-ahli UMNO agar kurangkan sindir-menyindir antara satu sama lain.

Jika sesiapa ada cadangan atau sebarang pandangan serta mahu menegur untuk kebaikan parti, beliau sarankan agar menggunakan saluran yang sedia ada untuk dibincangkan atau memperbaiki apa-apa kelemahan.

Ini kerana jika wujud sebarang pertelingkahan sesama sendiri yang boleh membawa kepada perpecahan dalaman, nescaya ia bakal diambil kesempatan oleh musuh-musuh untuk memainkan propaganda bagi melemahkan UMNO. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts