Daripada dahulu bekas Perdana Menteri dua kali iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat ‘anti’ Raja-raja Melayu termasuk dalam isu mengurangkan imuniti dan kuasa Raja-raja pada tahun 1983 dan 1993.
Pada tahun 1983, Mahathir meminda Perlembagaan supaya undang-undang boleh digubal tanpa persetujuan Yang DiPertuan Agong. Selain itu, kuasa mengisytihar darurat juga dipindahkan daripada Seri Paduka kepada Perdana Menteri.
Pada tahun 1993 pula, Dr Mahathir melucutkan kekebalan Raja-raja Melayu dan mahu peruntukan undang-undang yang membolehkan Baginda-baginda Paduka Raja termasuk YDP Agong boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah khas.
Mahathir juga menganjurkan perhimpunan di seluruh negara bagi membidas raja-raja dengan tujuan agar rakyat bangkit menyokongnya. Semua ini berlaku pada ‘sesi pertama’ beliau menjadi Perdana Menteri.
Kemudiannya pada ‘sesi kedua’ pula, apabila beliau menjadi Perdana Menteri kali kedua pada tahun 2018, berlaku pula isu ratifikasi ICERD dan juga Statut Rom yang bakal melemahkan Raja-raja Melayu di negara ini – sehingga mencetus himpunan gergasi di ibu negara.
“Kerajaan haruslah ingat tentang kontrak sosial dalam sejarah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dahulu di mana keistimewaan orang Melayu dan kuasa Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu tidak boleh disentuh dan dikurangkan.”
Anakandanya, Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut mengecam keputusan kerajaan menyertainya kerana ini akan menjadikan Raja-raja Melayu tidak relevan selain memberi kesan kepada kedudukan Melayu serta Islam di negara ini.
Kini pada umur hampir seratus tahun atau menghampiri satu abad, Mahathir masih dilihat ‘berdendam’ dan sakit hati sehingga sanggup mendakwa Raja-raja Melayu menjual negeri suatu ketika dahulu. Ini yang membuktikan beliau konsisten memperlekeh dan melemahkan kuasa Raja-raja Melayu.
Justeru sedikit nasihat buat Mahathir, reda dan janganlah berdendam atau sakit hati kerana tidak dilahirkan dalam kalangan keturunan Raja-raja Melayu ataupun bangsawan. Serta bersyukurlah dengan apa yang ada, dikurniakan anak-anak dan rakan-rakan yang kaya-raya bertaraf bilionair.
Malah ada dalam kalangan mereka yang jauh lebih kaya dari Raja-raja Melayu dan kerabat raja di negara ini, maka cukup-cukuplah berdendam dan sakit hati.
Jika masih ada rasa dengki atau cemburu dengan keturunan seseorang yang dirasakan lebih baik darinya, ingatlah Allah Taala hanya melihat iman dan amal umatnya, bukan harta, kuasa, kedudukan atau keturunan.
Jika ini sentiasa diingati Mahathir, in sha Allah beliau akan tenang sehingga ke akhir hayatnya.