Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu kerajaan terus memastikan nasib golongan memerlukan seperti penerima skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) terus terbela.
Beliau mengulas saranan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang ingin BR1M dikurangkan dan akhirnya dihentikan.
Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula dilapor berkata bantuan itu akan dihentikan kerana terdapat unsur rasuah.
Menurut Abdul Hadi, BR1M penting bagi kerajaan mengatasi masalah kemiskinan di negara ini.
“Apa yang penting adalah konsep membantu orang miskin, konsep yang perlu diteruskan dan dibuat penambahbaikan dengan cara yang sistematik, jangan hilang begitu sahaja.”
“Usahakan supaya betul-betul dapat mengatasi masalah kemiskinan.”