KENYATAAN BODOH AZMIN: BR1M BERUNSUR RASUAH

361
SHARES
2.1k
VIEWS

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan kerajaan BN terdahulu perlu dihentikan kerana ia mempunyai unsur rasuah untuk mendapatkan sokongan rakyat, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata sedemikian kerana ingin menyambut baik hasrat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang ingin mengurangkan BR1M secara berperingkat sebelum dihentikan sepenuhnya walaupun cadangan menghentikan BR1M tersebut dikecam pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen  PKR sendiri iaitu Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid.

Kenyataan Azmin yang hanya memperbodohkan dirinya sendiri kerana selaku Menteri Hal Ehwal Ekonomi tentunya beliau sedia maklum bahawa BR1M dicadangkan oleh Gabernor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Sekiranya Azmin bersetuju menghentikan BR1M kerana unsur rasuah maka beliau perlu melaporkan Zeti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini kerana Zeti selaku Gabernor Bank Negara ketika itu, beliau telah memberi nasihat yang salah kepada mantan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk memberikan rasuah (BR1M) kepada rakyat.

Azmin juga dipetik berkata, kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Harapan bagaimanapun sedang merangka inisiatif baru yang meletakkan fokus untuk mensejahterakan rakyat bukan menyogok atau memperbodohkan rakyat.

“Melalui Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan kewangan kita pastinya akan memberikan pandangan dan membentangkan inisiatif baru dalam hala tuju ekonomi negara di parlimen dalam masa yang terdekat.

“Kalau fokus ini (inisiatif baru) untuk memberdayakan rakyat, saya percaya rakyat akan mempunyai kuasa ekonomi yang lebih dalam membantu meringankan kos sara hidup masing-masing,”

Katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tertinggi Cabang (MATC) 2018 negeri Perak di Ipoh hari ini.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts