TIADA BUKTI KERAJAAN FILIPINA TERLIBAT TUNTUTAN SULU

69
SHARES
221
VIEWS

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada bukti kukuh untuk mengaitkan kerajaan Filipina dalam tuntutan ‘waris’ kesultanan Sulu terhadap Malaysia.

Bagaimanapun menurutnya, negara tidak akan berkompromi dengan tuntutan pihak yang mengaku sebagai waris kesultanan Sulu tersebut berhubung kedaulatan negara.

Tidak ada bukti sama sekali campur tangan kerajaan Filipina. Malaysia tidak akan berkompromi dalam mana-mana tuntutan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini apabila diminta memberi penjelasan berhubung isu tersebut. 

Anwar turut berkata, ketika pertemuannya dengan Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos Jr. atau lebih dikenali sebagai Bongbong Marcos, beliau telah mengulangi pendirian negara mengenai status Sabah sebagai sebuah negara berdaulat.

Isu yang dibangkitkan ialah tentang tuntutan kerajaan Filipina. Pendirian kita tegas, dan mereka tahu. Hubungan dua hala kita masih baik, tuntutan masih ada, tetapi tidak menjejaskan kepentingan Sabah sebagai satu wilayah berdaulat.” 

Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa Malaysia akan mengambil semua tindakan yang difikirkan perlu bagi menjamin kedaulatan negara. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts