DIANUGERAHKAN GELARAN TAN SRI JUGA MASIH TIDAK BERPUAS HATI?

94
SHARES
302
VIEWS

Beberapa hari lepas ada sebuah keluarga di sebelah  Pantai Timur yang berbalah dan menyalahkan kerajaan hanya kerana nendanya yang dikatanya dalam kalangan ulama sepatutnya diberi anugerah Tun dan bukannya Tan Sri.

Cucunda arwah ulama itu tidak berpuas hati kerana kononnya usaha perjuangan nendanya itu selama ini hanya dibalas dengan Tan Sri dan bukannya Tun sambil menyalahkan Kerajaan Madani.

Beliau juga tidak berpuas hati kerana menurutnya surat Istana diberi kepada bapa saudaranya yang berlainan fahaman politik yang tidak mengikut ‘acuan’ politik Islam nendanya itu. Ini jelas sifat ujub merasakan beliau lebih mulia dari bapa saudaranya itu sedangkan tiada isu surat diserahkan kepada siapa. 

Cucu kepada ulama tersebut juga tidak berpuas hati kerana menurutnya gelaran Tan Sri ini sebaris dengan pemimpin DAP. Tetapi bukankah jika diberi gelaran Tun, ramai dalam kalangan seteruk politik nendanya itu mempunyai gelaran ini terutama nemesisnya Tun Mahathir Mohamad?

Mahathir itulah yang sehingga kini memperlekeh gelaran Tan Sri ke atas nendanya itu dan menyamakannya dengan Lim Kit Siang. Malah dibuatnya secara terbuka dan diketawakan secara beramai-ramai oleh pemimpin-pemimpin PAS yang lain termasuk Haji Hadi. Bukankah ini baru melampau dan menghina arwah?

Selain itu bukankah Presiden PAS sendiri bergelar Tan Sri dan bukannya Tun maka kenapakah tidak boleh bersangka baik pihak Istana menganugerahkan gelaran ini agar gelarannya setara dengan Haji Hadi? 

Jika tidak berpuas hati juga bukankah lebih bermaruah mereka menolak sebarang gelaran dan berkata perjuangan nendanya itu tidak perlupun diberikan ganjaran dunia, kerana mereka hanya mahu reda Allah dan menunggu ganjaranNYA di akhirat kelak.

Ini jauh lebih baik dari ‘meroyan’ tidak tentu pasal sehingga mengaibkan nama ulama itu sendiri.

Kesimpulannya, isu tidak berpuas hati ini hanya menunjukkan akhlak sebenar anak cucunya yang masih hidup, yang hanya mengejar gelaran dan bukannya reda Allah.

Rupa-rupanya ganjaran dunia dari seorang Raja yang ditunggu selama ini sedangkan ganjaran Allah Taala, iaitu Raja kepada segala Raja tidak pula mahu direbutnya. 

Apapun diharapkan tiada anak cucu ulama lain bersikap memalukan seperti ini dan beringatlah bahawa gelaran ini tiada ertinya malah jika tersalah langkah hanya mengundang fitnah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts