LHDN SERBU RUMAH HAMZAH

347
SHARES
2k
VIEWS

Rumah bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin do Damansara telah diserbu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada hari Selasa, 13 Jun, atas dakwaan cukai pendapatan yang tidak dilaporkan.

Ketika serbuan, Hamzah berada di rumah dan memberikan kerjasama yang baik bagi petugas LHDN menjalankan tugas masing-masing namun tidak menyatakan tujuan serbuan sama ada berkaitan cukai syarikat ataupun projek tertentu. 

Dalam serbuan itu, LHDN turut merampas fail dan dokumen yang melibatkan beberapa akaun dan pemilikan aset bekas menteri Perikatan Nasional tersebut.

Sebelum ini Hamzah dan Bersatu berkata tindakan terhadap pemimpin-pemimpin mereka adalah bermotifkan politik bagi merosakkan reputasi mereka tanpa mengemukakan bukti yang jelas.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts