PUAD GESA KERAJAAN SEGERA SIASAT DAN DAKWA TUN MAHATHIR

82
SHARES
266
VIEWS

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi hari ini menggesa agar kerajaan segera menyiasat dan mendakwa bekas Perdana Menteri dua kali iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Menurutnya, syarikat Opcom yang dikaitkan dengan anak Tun Mahathir didakwa menerima kontrak gantian optik bernilai RM214.2 juta pada tahun 2003, ketika beliau masih Perdana Menteri. 

Tun M mesti disiasat dan didakwa segera. SPRM memang biasa buka fail lama. Kalau PMX berani, SPRM mesti lebih berani.” 

Pernyataan pembelaan oleh Perdana Menteri di Mahkamah Tinggi Shah Alam amat serius. Syarikat Opcom yang dikaitkan dengan anak Tun M didakwa menerima kontrak gantian optik bernilai RM214.2 juta pada 2003.” 

Tun M adalah Perdana Menteri ketika itu. PMX juga buat pernyataan, Tun M mendesak untuk “bailout” syarikat perkapalan milik anaknya. Najib pernah mendedahkan kepincangan ini.” 

Puad juga berkata rakyat sudah bosan dengan kerenah dan hipokrasi Tun Mahathir. Beliau juga zalim terhadap orang lain selalu merasa beliau ‘kebal’. Selanjutnya keberanian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini boleh menamatkan ego Mahathir yang digelarnya sebagai “bapa kroni negara”.

Sebagai rekod, Tun Mahathir selalu dikaitkan dengan beberapa ahli perniagaan bertaraf bilionair seperti Vincent Tan, Ananda Krishnan, Robert Kuok dan Syed Mokhtar Al-Bukhary. 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts