ANWAR: KERAJAAN TIDAK KOMPROMI SESIAPA BANTU SULU

66
SHARES
212
VIEWS

Menurut laman web Jabatan Komunikasi Komuniti atau J-KOM, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bertegas tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu termasuk rakyat Malaysia, sekiranya didapati bersekongkol atau membantu kumpulan Sulu yang menuntut Sabah.

Ini kerana sesiapa yang bertindak di luar undang-undang dan cuba mengancam keselamatan negara dikira sebagai pengkhianat apatah lagi pemberontak Sulu yang menyerang Sabah sebelum ini telah membunuh anggota keselamatan negara. 

Perdana Menteri juga berkata pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telahpun memulakan siasatan terhadap semua pihak yang terlibat yang berada dalam dan luar negara. 

Ini termasuklah kumpulan yang membuat tuntutan, penimbang tara, peguam yang mewakili mereka serta pihak lain yang terkait di bawah Seksyen 124K Kanun Keseksaan bagi kesalahan sabotaj.

Beliau berkata demikian dalam satu sesi penerangan di Dewan Rakyat berhubung tuntutan terhadap Sabah yang dibuat oleh kumpulan yang terdiri dari lapan orang yang mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu. 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts