PERDANA MENTERI SAMBUT 3 ULAMA DUNIA DI MAJLIS ILMU MADANI

481
SHARES
1.6k
VIEWS

Alhamdulillah, Majlis Ilmu Madani di Seri Perdana, Putrajaya pada malam ini menerima kehadiran Sheikh Ahmed Mohamed Saad Al-Maliki Al-Azhari Al-Hasani, Pengasas Institut Ihsan, United Kingdom dan Sheikh Muhammad Heydara Al Jilani, ulama dan pendakwah dari Gambia.

Saya juga berbesar hati menerima kedatangan Sheikh Dr. Ekrima Sa’id Sabri, Imam Besar Masjid Al-Aqsa yang juga mantan Mufti Baitulmaqdis ke Seri Perdana.

Sheikh Dr. Ekrima bukan sahaja seorang ulama, malah beliau juga adalah seorang tokoh pejuang Palestin.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) YB Senator Dato’ Seri Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ketiga-tiga tokoh ulama dunia Islam ini yang sudi berkongsi hikmah, panduan, nasihat serta doa mereka khususnya kepada negara Malaysia.

Semoga majlis ini mendapat barakah dan bermanfaat dalam menyuburkan lagi tradisi keilmuan yang berteraskan pendekatan yang sederhana dengan adab dan kebijaksanaan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts