Dalam sesi wacana bersama anak muda Universiti Malaysia Kelantan (UMK), yang menjadi acara penutup dalam lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kelantan kali ini menerusi platform ‘Temu Anwar’ yang dianjurkan Anwar Ibrahim Club (AIC).
Dalam ucapan pendahuluannya, beliau turut berkata anak muda dan golongan mahasiswa mesti ke depan dalam urusan mencorak masa depan negara dengan mengangkat budaya berfikir secara kritis.
Anwar turut kagum dengan soalan-soalan yang dilontarkan mahasiswa yang hadir, merangkumi persoalan tatakelola kerajaan, usaha membanteras rasuah, hak bersuara melibatkan mahasiswa serta isu-isu berkaitan pendidikan.
Perdana Menteri turut menggesa mahasiswa untuk terus mencambah budaya berfikir dan berwacana secara sihat. Selain itu mereka perlu terus mara menyikapi permasalahan yang memerlukan buah fikir anak muda demi negara dan rakyat terbanyak.