Saya membaca keterangan pembelaan DS Anwar yang mendedahkan Opcom dan Kencana (milik anak-anak Mahathir) yang didakwa memperoleh kekayaan hasil projek dan bail out daripada GLC negara (Telekom dan Petronas).
Tetapi Anwar tertinggal satu perkara. Sayang beliau tidak letak sekali perkara ini.
Ceritanya pada 4 bulan terakhir sebelum Mahathir meletak jawatan Perdana Menteri keempat, Kementerian Kewangan telah meluluskan satu konsesi judi sukan kepada syarikat milik Vincent Tan berharga RM25 juta. Tempoh konsesi tersebut adalah selama 20 tahun.
Mahathir adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada masa tersebut. Konsesi ini dinilai amat berharga memandangkan jangkaan pendapatan daripada lesen ini dianggarkan sekitar RM1 bilion setahun.
Konsesi ini diluluskan tanpa pengetahuan kabinet dan hanya diketahui umum selepas Pak Lah dilantik sebagai Perdana Menteri. Pak Lah begitu marah sehingga kisah ini dilaporkan di pelbagai agensi berita dunia termasuk Wall Street Journal.
Rujuk berita di pautan; https://www.wsj.com/articles/SB109777782409745553 serta di pautan; https://www.wsj.com/articles/SB109820947671649488
Konsesi ini kemudiannya digantung pada zaman Pak Lah dan akhirnya dibatalkan pada zaman Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak.
Jadi kalau ada sesiapa cerita pada hari ini bahawa Mahathir mahu jaga hak orang Melayu, saya ketawa sahajalah.
Sebab kisah itu sama tahyulnya dengan cerita beliau menangis mahu selamatkan Malaysia 5 tahun dahulu.
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu