KSN GESA PENJAWAT AWAM MANFAATKAN TEKNOLOGI TERBAHARU

340
SHARES
2k
VIEWS

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd. Zuki Ali hari ini menggesa penjawat awam di seluruh negara agar memanfaatkan teknologi seperti Internet of Things (IoT), data raya dan kecerdasan buatan (AI) yang akan secara langsung mengubah norma kerja mereka.

Ini ekoran penggunaan AI telah menjangkau banyak aspek kehidupan manusia dan boleh memberi impak yang besar kepada dasar dan perkhidmatan awam dalam pelbagai cara.

Beliau memberi contoh sebuah aplikasi sembang AI yang terkenal iaitu Chat GPT sebagai teknologi kecerdasan buatan termaju yang berpotensi untuk merevolusikan sektor awam.

Ia juga boleh digunakan untuk meningkatkan komunikasi, menggalakkan penyertaan awam dan menyelaras proses membuat keputusan.

Rakyat juga mengharapkan agar dengan gesaan KSN ini disambut baik bagi meningkatkan kecekapan penjawat awam sekaligus mengubah budaya kerja lama kepada baharu yang lebih cekap dan kompeten.

Sumber: Laman Facebook Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts