SAIFUDDIN: BILA TERSILAP FAKTA, SEGERA SALAHKAN ADMIN

86
SHARES
277
VIEWS

Amat memalukan apabila parti PAS yang asyik mendabik dada kononnya memperjuang agama dan kerap mencanang “politik matang dan sejahtera” rupa-rupanya membuat fitnah ke atas lantikan Pengerusi Felda yang belumpun diputuskan.

ADUN Kubu Gajah Khalil Yahaya termalu sendiri apabila tidak ber’tabayyun’ dan lebih teruk apabila terbukti silap, dilihat masih cuba melepaskan diri dengan cuba menyalahkan pihak lain sebagai ‘kambing hitam’nya. 

Perkara ini turut disindir oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution yang berkata semakin dekat pilihan raya maka fitnah semakin giat disebarkan. Beliau juga berkata inilah contoh politik 3R (race, religion, royalty) yang sebelum ini pernah beliau ingatkan namun terlihat tidak dipatuhi oleh pemimpin-pemimpin PAS sendiri.

Semakin hampir pilihan raya (negeri) semakin kencang menyebar fitnah. Apakala dijelaskan fakta sebenar, segera salahkan admin fb (Facebook). Sendiri tidak pernah silap.

Ini contoh politik 3R. Tujuannya nak tunjuk Kerajaan Perpaduan konon letak DAP jadi Pengerusi Felda. Felda sinonim dengan orang Melayu. Supaya amarah orang Melayu itu tertuju kepada kerajaan. Ayuh kita tolak politik usang seumpama ini.

Hakikatnya inilah cerminan politik PAS yang tentu tahu halal dan haram, dosa dan pahala tetapi mereka sendiri tidak mahu bertabayyun walaupun kerap melaungkannya. Mungkin selepas ini dalil ‘menghalalkan’ memfitnah boleh dilakukan seperti mana mereka memperguna agama dengan mengatakan rasuah politik sebagai sedekah.

Justeru, janganlah melenting dan marah selepas ini apabila rakyat kata anda munafik dan penunggang agama.

 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts