“PENGAJARANNYA USAH KHIANAT” – SAIFUDDIN

72
SHARES
233
VIEWS

Pada PRU 2018 keputusan dibuat untuk semua calon KEADILAN untuk menandatangani suatu bon. Jika selepas menang keluar parti kena bayar kepada parti RM10 juta.

Semua calon berkumpul di ibu pejabat parti. Saya selaku Setiausaha Agung (SUA) membantu Dr. Wan Azizah selaku Presiden PKR untuk majlis serahan watikah calon. Sebelum diserah watikah semua mesti tandatangan bon tersebut.

Sejumlah Ahli Parlimen KEADILAN bertindak keluar parti selepas menang dan Kerajaan Pakatan Harapanpun tumbang. Sebagai SUA, saya kemudiannya memulakan tindakan undang-undang ke atas mereka yang terlibat. Peguam William Leong yang juga Ahli Parlimen Selayang mengetuainya. Saya ikut menjadi saksi utama memberi keterangan di hadapan YA Hakim. Kena ‘cross‘ dengan peguam Zuraidah, berpeluh juga. 

Kami mulakan dengan Zuraidah dan kami menang. Langkah seterusnya ialah ke atas Ahli Parlimen KEADILAN lain yang ikut keluar bersamanya. Fakta kes sama, In sha Allah peluang menang juga cerah. 

Pengajarannya usah khianat kerana gembiranya hanya sementara. Bukan sedikit penyokongnya sekarang mohon kembali kepada parti semula.

Maaf ya, masuk parti bukan macam bersalin baju.

Dipetik dari laman Facebook Datuk Seri Saifuddin Nasution di pautan; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02VBW3YE1K1pwFLNkyBtdGkyQydRgVj9ZrgDg7zsHkahWhTjt6JJBJan8yHmJgVGdCl&id=100044504676614&mibextid=Nif5oz

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts