PRN 2023: TOLAK 3R, PILIH POLITIK PERPADUAN – PROF. AGUS YUSOFF

350
SHARES
2.1k
VIEWS

1. Kelmarin Menteri Dalam Negeri telah menyatakan parti-parti politik bebas berkempen asalkan jangan mengeksploitasi isu berkaitan agama (religion), raja (royalty) dan kaum (race) (3R) ketika kempen pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

2. Selepas itu, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin menyatakan gabungan itu tidak akan menggunakan isu 3R, sebaliknya akan mengangkat isu berkaitan dengan cara menangani inflasi, kos sara hidup, harga barang dan perkhidmatan yang meningkat, serta membantu perniagaan.

3. Kenyataan Pengerusi PN ditunggu rakyat kerana itulah yang terbaik untuk negara. Namun sejujurnya, saya tidak yakin dengan kenyataan tersebut. Setakat yang saya perhati, hanya dua modal utama penyokong dan pemimpin PN. Kalau bukan 3R, satu lagi ialah fitnah.

4. Fitnah berleluasa dalam kalangan PN. Misalnya, kelmarin wakil rakyat PAS mereka cerita kononnya YB Teresa Kok telah dilantik sebagai Pengerusi Felda. Untuk apa cerita ini direka jika bukan untuk membangkitkan sentimen kemarahan orang Melayu kepada PMX?

5. Di Parlimen pula, Ahli Parlimen Jasin secara emosi menuduh Menteri Dalam Negeri memfitnah dan anti-Islam tanpa satupun hujah yang boleh diterima akal.

6. Tidak cukup dengan itu, bacalah media sosial penyokong PN. Kandungannya menyedihkan kerana penuh dengan dakwaan jelik seperti Anwar membawa agenda mahu ‘Kristian’kan Malaysia, Anwar pro-liberal, pro-LGBT, pro-Komunis dan undi PH-BN masuk neraka.

7. Mengapa saya yakin PN akan terus eksplotasikan isu 3R ini? Ini kerana tanpa isu 3R dan fitnah, tidak ada apa yang mereka dapat sampaikan kepada rakyat. Hendak menceritakan pencapaian selama 33 bulan menjadi kerajaan, tidak ada apa yang boleh dibanggakan.

8. Isu RUU 355 dan isu Adibpun gagal dibela semasa menjadi kerajaan. Yang ada ialah bilangan menteri yang ramai termasuk duta khas, rakyat mengibar bendera putih, rakyat terjun jambatan, Parlimen digantung dan rakyat dibenarkan mengeluarkan wang simpanan KWSP. Mereka tidak sedar dengan pengeluaran KWSP tersebut, inflasi meningkat disebabkan oleh sudden increase in spending power.

9. Bagi saya PN bukan sahaja pernah menjadi kerajaan gagal, tetapi sekarang ini menjadi pembangkang yang gagal teruk. Mereka gagal memainkan peranan semak dan imbang dengan baik. Kebanyakan isu yang dibahas hanya seks, konsert, pakaian kerja dan isu perkauman.

10. Selain itu ialah mencari kesalahan dan kelemahan Kerajaan Perpaduan. Bagi saya, pemimpin PN bangkrap idea untuk berhujah tentang dasar dan ekonomi negara.

11. Hendak menilai hebat atau tidak pemimpin PN, khususnya PAS, lihatlah pencapaian mereka memerintah Kelantan selama 33 tahun. Kelantan mundur dari segi pembangunan infrastrukturnya.

12. Tentu sahaja hujah PAS ialah kerana kerajaan pusat mendiskriminasikan Kelantan, royalti minyak disekat dan lain-lain alasan yang langsung tidak menyentuh tentang tadbir urus PAS yang lemah.

13. Pertanyaannya, setelah melihat kelemahan kerajaan PN sebelum ini dan negeri yang diperintah oleh PAS, mahukah kita melihat PN kembali berkuasa dengan pemimpinnya yang tidak kompeten? Lihatlah apa inisiatif dan tawaran dasar PN untuk pembangunan negara? Hendak memperjuangkan hal asas seperti rasuahpun, suara tidak nyaring.

14. Oleh sebab itulah, dalam PRN ini marilah kita bersatu untuk memilih pemimpin yang dapat membawa kestabilan politik, membanteras rasuah dan pertumbuhan ekonomi negara. Kita tinggalkan politik perkauman, benci dan fitnah.

15. Jangan lagi kita biarkan politik toksik menganggu kemajuan kita. Kita tolak politik 3R, dan kita pilih politik Perpaduan.

Dipetik dari laman Facebook Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Prof. Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff di pautan; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid034DbNHGUF6iCWaLMqwknnRNuvpNZa5HDrg3c7yEzGoR9VBWcW1T4akgDE9GYeLAAbl&id=1324102718&mibextid=Nif5oz

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts