MALAYSIA KOMITED KERJASAMA DALAM BIDANG TENAGA, BANTU LAOS JADI “THE BATTERY OF ASIA”

66
SHARES
212
VIEWS

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta rakan sejawatya Perdama Menteri Laos Dr. Sonexay Siphandone mengadakan sidang media bersama bagi berkongsi hasil mesyuarat dua hala antara Malaysia dan Laos.

YAB Perdana Menteri menyatakan sokongan dan kesediaan Malaysia sebagai negara sahabat membantu Laos yang akan mengambil alih tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.

Malaysia juga komited untuk bekerjasama dalam bidang tenaga boleh diperbaharui yang berpotensi meningkatkan perdagangan elektrik rentas sempadan ASEAN dan membantu Laos menjadi “The Battery of Asia“.

Tumpuan turut diberikan terhadap kerjasama dalam bidang pengangkutan keretapi yang akan memudahcara perjalanan penumpang dan kargo dari Malaysia ke negara berdekatan tanpa sekatan.

Kerjasama keretapi ini juga akan disokong oleh kerjasama pelabuhan darat Perlis Inland Port dan Thanaleng Dry Port sekaligus memudahkan pergerakan kargo di sempadan.

Malaysia turut menyatakan komitmen dalam membantu dan menjalinkan kerjasama industri halal bersama Laos.

Beberapa lagi bentuk kerjasama akan diteruskan Malaysia kepada Laos antaranya seperti memberikan latihan dalam pelbagai bidang menerusi Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP).

Saya turut membangkitkan situasi di Myanmar di mana Malaysia dan Laos menyatakan pendirian selari dengan ASEAN dan akan terus mendukung usaha Indonesia dan Utusan Khas ke Myanmar.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts