Syabas kepada Universiti Malaya yang berjaya kembali ke kedudukan ke-65 bagi universiti paling bagus di dunia dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2024 setelah jatuh dua tahun berturut-turut.
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) diperkenalkan pada 2007 pada era Tan Sri Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah dan ia dilanjutkan pada era Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak selepasnya dengan pemerkasaan PSPTN melalui beberapa inisiatif baharu.
Seiring dengan Pelan Transformasi Negara Najib, PSPTN digantikan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi yang sangat menyeluruh bagi menghadapi cabaran persaingan global dan keperluan semasa. Pelan ini diteruskan oleh Menteri Pendidikan Maszlee di bawah kerajaan PH.
Hasilnya ialah kedudukan Universiti Malaya naik dari kedudukan ke-240 sebelum Najib jadi PM ke tempat ke-87 ketika kerajaan BN dijatuhkan pada PRU-14.
Kedudukan UM terus bertambah baik ke kedudukan ke-59 sebelum ia jatuh lagi bagi dua tahun berturut-turut di bawah kerajaan PN ke tempat ke-70 tahun lepas sebelum naik semula ke tempat ke-65 bagi ranking terbaru untuk tahun 2024.
Ini adalah bukti bahawa Najib tidak pernah mengabaikan keperluan dan mementingkan prestasi sektor pendidikan.