PROGRAM NOMAD DIGITAL J-KOM DI UUM SINTOK

336
SHARES
2k
VIEWS

Nomad Digital 2023 mai Kedah!

Nomad Digital anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) akhirnya sampai ke Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah dan merupakan siri ke-3 bagi tahun 2023. Program berbentuk explorace ini bertujuan untuk menerapkan dan memberi kefahaman mengenai konsep Malaysia Madani serta dasar-dasar kerajaan pada hari ini, di samping memupuk kemahiran digital di kalangan khalayak sasaran.

Dengan penyertaan seramai 60 orang peserta, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar yang melibatkan pelajar UUM Sintok dari pelbagai bidang dan pelbagai kaum bagi membentuk keharmonian di kalangan masyarakat pelajar.

Semua kumpulan berjaya menyelesaikan kelima-lima checkpoint dalam masa yang ditetapkan. Bagi setiap checkpoint, para peserta didedahkan dengan kemahiran digital, semangat patriotik, informasi mengenai konsep Malaysia Madani dan mengenai sejarah kenegaraan. Tahniah kepada Cyber Tech yang telah mengungguli tempat pertama, diikuti oleh kumpulan I.T (tempat ke-2) dan Metaverse (tempat ke-3).

Hasil kreativiti semua kumpulan boleh dilihat di akaun Facebook, TikTok dan Instagram Nomad Digital JKOM serta Jabatan Komunikasi Komuniti.

Majlis perasmian dan penutupan telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM, YBrs. Encik Huzaidy Haji Hussain. Sebelum itu, Pengarah Bahagian Media Sosial dan Media Baharu, YBrs. Puan Rohani Binti Chik telah memberikan ucapan alu-aluan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts