PERDANA MENTERI TANDATANGAN JAMINAN KERAJAAN, STABILKAN KEWANGAN FELDA

474
SHARES
1.5k
VIEWS

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menandatangani perjanjian melibatkan Jaminan Kerajaan kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), semalam. Ini bertujuan untuk menstruktur semula pinjaman agensi berkenaan dalam usaha memulihkan kedudukan dan menstabilkan semula kewangan FELDA bagi mengangkat mobiliti sosial warga peneroka serta generasi baharu FELDA.

Jaminan Kerajaan itu juga akan mengurangkan kos kewangan FELDA terhadap kadar faedah yang dikenakan serta membolehkannya memberi pemansuhan 80 peratus hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion yang dilaksanakan pada tahun 2021.

Langkah YAB Perdana Menteri menandatangani Jaminan Kerajaan itu juga menunjukkan keprihatinan Kerajaan Perpaduan kepada peneroka sekaligus dapat membantu FELDA kembali kepada landasan asal penubuhannya.

Menurut Ketua Peneroka Kebangsaan, Sulong Jamil Mohamed Shariff, dengan pemansuhan 80 peratus hutang itu, peneroka mendapat pendapatan bulanan yang lebih serta kebajikan kembali terjaga dan FELDA juga dapat bernafas (tiada hutang).

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts