PERDANA MENTERI SARAN SEKTOR PERBANKAN BANTU PEMINJAM, PKS YANG MEMERLUKAN

335
SHARES
2k
VIEWS

Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan sektor perbankan agar terus memberikan bantuan bayaran balik pinjaman kepada individu serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang memerlukan.

Antaranya seperti bantuan penjadualan dan penstrukturan semula pinjaman selain peminjam yang bermasalah juga boleh mandapatkan khidmat nasihat percuma serta bantuan bayaran balik pinjaman melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Beliau turut mengingatkan bahawa industri perbankan juga memainkan peranan yang penting dalam mendorong pertumbuhan ekonomi pascapandemik, terutamanya dalam membantu peminjam yang masih terkesan dan menghadapi kesukaran untuk meneruskan kehidupan mereka.

Saranan YAB Perdana Menteri inidilihat ramai pihak sebagai sangat wajar ketika ini dalam keadaan ringgit Malaysia menjunam yang tentu memberi kesan secara langsung kepada PKS di negara ini. Selain itu dengan kenaikan kadar OPR oleh Bank Negara yang berkata ia naik kerana ringgit memulih, jelas wajar diturunkan kerana ringgit kini semakin melemah.

Ini turut memberi kesan terus kepada seluruh rakyat terutamanya golongan B40 dan M40 termasuklah PKS, di mana institusi perbankan hari ini dilihat hanya mahu memastikan pinjaman mereka diperolehi kembali tanpa memikirkan masalah pembayar yang teruk terkesan.

Justeru dengan saranan YAB agar membantu PKS ini diharapkan dipatuhi oleh sektor perbankan serta mencari jalan membantu pembayar yang terkesan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts