PERDANA MENTERI UMUM 8 INISIATIF TAMBAHBAIK FELDA, TERMASUK PERUMAHAN GENERASI BAHARU

84
SHARES
271
VIEWS

YAB Perdana Menteri ketika berucap pada sambutan Hari Peneroka Felda 2023 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) semalam, beliau mengumumkan lapan program dan rancangan penambahbaikan untuk dimanfaatkan oleh warga FELDA dan generasi seterusnya.

YAB Perdana Menteri diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan, En. Sulong Jamil Mohamed Shariff.

Tentunya lapan pengumuman tersebut bakal meningkatkan kualiti hidup warga peneroka dari pelbagai aspek seperti kesihatan, transformasi digital, pembekalan air bersih, subsidi diesel dan perumahan generasi baharu.

Ini juga merupakan khabar gembira buat warga FELDA juga berkait dengan perancangan kerajaan dalam membantu peneroka getah beralih kepada tanaman komoditi agar tidak terlalu bergantung kepada kelapa sawit.

Dalam keadaan dunia semakin moden, kerajaan akan terus memastikan kebajikan semua rakyatnya termasuk warga FELDA akan terus dijaga dan layak mendapat arus pembangunan sewajarnya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts