KERAJAAN TAMBAHBAIK, BERI PERUNTUKAN RM100 JUTA KEPADA AGENSI PENGUATKUASAAN

333
SHARES
2k
VIEWS

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Cakna MADANI Bersama Agensi Penguatkuasaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, diiringi oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Dalam ucapannya, YAB Perdana Menteri menyentuh keperluan untuk memberi perhatian kepada permasalahan yang dihadapi oleh agensi penguatkuasaan termasuk menerima ugutan sewaktu tugasan, cabaran di sempadan, penambahbaikan kuarters dan aspek kebajikan.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM100 juta kepada semua agensi penguatkuasaan tahun ini bagi mengukuhkan kelengkapan dan perbelanjaan untuk menyokong operasi penguatkuasaan.

Selain itu, kerajaan juga bersetuju melaksanakan kajian bagi memperkasa organisasi dan menambah baik laluan kerjaya kepada pegawai dan anggota skim penguat kuasa.

YAB Perdana Menteri turut berkata kerajaan bersetuju menambah baik Elaun Pakaian Seragam bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) kepada kaedah bekalan Kemudahan Pakaian Seragam.

Menurutnya, apabila aspek penguatkuasaan bertambah baik dan lebih efisyen, Insya-Allah ruang untuk memberi perkhidmatan demi keselamatan serta keamanan negara dapat dipertingkatkan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts