KERAJAAN PERPADUAN: DEMI KESTABILAN DAN KEMAKMURAN

93
SHARES
299
VIEWS

1. Pada November 2022, dengan menjunjung titah cadangan Tuanku YDPA, PH dan BN bersetuju untuk membentuk kerajaan dengan jenama Kerajaan Perpaduan. Inilah detik kejayaan pertama dalam evolusi politik tanah air, apabila dua musuh tradisi dengan hati terbuka serta jiwa besar bersama memilih untuk bergabung membentuk dan menerajui Kerajaan Persekutuan.

2. Segala sengketa dan seteru dilupakan demi rakyat dan negara yang memerlukan sebuah kepimpinan kerajaan yang stabil dan harmoni. Selain beban untuk mengawal pendapat umum, Kerajaan Perpaduan yang terbentuk itu juga tersepit dengan kemarahan segelintir penyokong sendiri yang membantah persepakatan tersebut. Namun, kebijaksanaan kepimpinan kedua-dua belah pihak, dan dengan sokongan padu daripada GPS dan GRS, penyatuan tersebut berjaya dijelaskan dan penyokong semua dapat ditenangkan. Inilah kejayaan kedua, iaitu menguruskan organisasi.

3. Kerajaan Perpaduan yang dibentuk dengan kebijaksanaan YDPA ini terus mendepani cabaran daripada pesaing politiknya dengan tenang. Proses membentuk persefahaman demi kestabilan negara ini beransur-ansur mencapai titik keseimbangannya. Apa buktinya? Kesepakatan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) secara bersama, dengan berkongsi agihan kerusi DUN, itulah buktinya. Kerjasama inilah bukti kejayaan terunggul keteguhan Kerajaan Perpaduan

4. Jenama Kerajaan Perpaduan tidak sama dengan jenama persefahaman politik kerajaan sebelum ini. Jika diteliti, PRN Sabah, PRN Melaka dan PRN Johor adalah bukti kegagalan persefahaman politik kerana terdapat pihak yang tidak menghormati semangat kerjasama dan bercita-cita untuk membenamkan rakan politiknya secara licik.

5. Kini, gabungan parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan saling menghormati antara satu sama lain. Segala rungutan, perselisihan dan keceluparan ditangani secara pantas dan tuntas. Tidak ada suara-suara sumbang yang mengugut “menekan butang” untuk menumbangkan kerajaan.

6. Menghadapi PRN Ogos ini, Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan telah memuktamadkan pembahagian kerusi di 6 negeri. Selain itu, Perdana Menteri berkata, “Perpaduan Demi Kestabilan dan Kemakmuran” adalah tema yang akan digunakan oleh parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi PRN. Inilah bukti iltizam Kerajaan Perpaduan untuk membawa perpaduan, kestabilan dan kemakmuran.

7. Demikianlah Kerajaan Perpaduan yang baru berusia 8 bulan, semakin hari semakin teguh, stabil dan harmoni. Yakinlah dengan iltizam yang telah ditunjukkan oleh kepimpinan ini serta 6 nilai teras gagasan Malaysia Madani pastinya negara kita akan kembali hebat.

8. Ayuh rakyat Malaysia, kita kekalkan perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran negara.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts